ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 269
www.rsisinternational.org
E-Manual Aktiviti Bahasa Arab: Panduan Fungsi dan Aliran Kerja
Minggu Bahasa
1
Mohd Islah bin Mohd Yusof,
*2
Mashitah binti Nordin,
3
Kamaruzaman Zali Ghazali
1,3
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia,
2
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Rembau
*Corresponding Author
DOI:
https://dx.doi.org/10.47772/IJRISS.2025.925ILEIID000049
Received: 23 September 2025; Accepted: 30 September 2025; Published: 05 November 2025
ABSTRACT
Inovasi ini membangunkan E-Manual Aktiviti Bahasa Arab: Panduan Fungsi dan Aliran Kerja Minggu Bahasa
sebagai produk digital interaktif untuk memperkemas penganjuran aktiviti bahasa Arab di UiTM Negeri
Sembilan. Ia dihasilkan melalui empat fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk kandungan, pembangunan
digital dan ujian keberkesanan, serta menghimpunkan sembilan aktiviti utama Minggu Bahasa seperti
syarahan, memasak, explorace, pertandingan ejaan, khat, kuiz, tayangan video pendek, tongue twister dan
webinar. Setiap aktiviti dihuraikan secara sistematik melalui objektif, aliran kerja, dan hasil pembelajaran,
manakala penggunaan visual infografik, ikon dan carta alir menjadikannya lebih mesra pengguna serta mudah
diakses. Dapatan menunjukkan E-Manual ini berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa Arab
sebagai bahasa ketiga, memperkukuh motivasi pelajar, dan mengurangkan beban pengurusan pensyarah.
Secara keseluruhan, inovasi ini menyumbang kepada pembangunan pendidikan bahasa Arab yang lebih kreatif,
sistematik dan sejajar dengan aspirasi pendidikan digital semasa, sekali gus berpotensi dijadikan model
rujukan untuk program bahasa lain di institusi pendidikan tinggi.
Keywords: E-Manual, Aktiviti bahasa Arab, Minggu Bahasa, Inovasi Pendidikan, Aliran Kerja.
PENGENALAN
Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di UiTM perlu diperkukuh melalui pelbagai pendekatan kreatif. Minggu
Bahasa menjadi platform penting untuk meningkatkan minat dan penguasaan pelajar. Namun, ketiadaan
panduan sistematik menyukarkan pengurusan. Oleh itu, E-Manual ini dibangunkan berasaskan Kolb’s
Experiential Learning Cycle yang menekankan pengalaman konkrit, refleksi, konseptualisasi dan aplikasi.
Festival Bahasa Arab dan Pameran Jualan Pelajar UiTM Kampus Seremban (2023, Bulletin APB Edisi 11)
melaporkan pelaksanaan program selama lima hari yang menghimpunkan lebih 1000 pelajar dengan
penglibatan pensyarah sebagai juri serta penceramah jemputan. Aktiviti merangkumi syarahan, tulisan khat,
ejaan Arab dan Jawi, memasak, explorace, dan video kreatif, di samping ceramah berkaitan teknologi dalam
pembelajaran bahasa Arab dan kesihatan mental. Festival Bahasa Arab dan Pameran. Kajian literatur terdahulu
(misalnya Fauzi Azmi et al., 2020; Abdul Basir Awang & Idris Mansor, 2018) juga menegaskan bahawa
kepelbagaian aktiviti ko-akademik dan autentik berupaya meningkatkan motivasi, kefahaman, dan kemahiran
bahasa pelajar. Sebagai contoh, aktiviti lakon peranan (roleplay) didapati berkesan memperkukuh keyakinan
bertutur, manakala aplikasi kosa kata digital seperti Mufradati menyokong penguasaan kosa kata secara
interaktif.
ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 270
www.rsisinternational.org
Penyataan Masalah
Penganjuran aktiviti Minggu Bahasa Arab di UiTM Negeri Sembilan sebelum ini kurang terstruktur dan tidak
disokong oleh panduan digital yang sistematik, menyebabkan kesukaran dalam penyelarasan aktiviti,
peningkatan beban pengurusan pensyarah, serta keterbatasan dalam menarik minat dan motivasi pelajar.
Ketiadaan satu rujukan interaktif yang komprehensif juga menyukarkan integrasi aktiviti bahasa secara efektif
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga.
Objektif
Antara objektif utama adalah sepertimana berikut:
1. Menyediakan panduan fungsi dan aliran kerja aktiviti Bahasa Arab.
2. Membangunkan E-Manual Digital Interaktif Yang Mudah Diakses.
3. Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Aktiviti, Penyertaan Pelajar Dan Prestasi Pembelajaran.
4. Mengintegrasikan Elemen Budaya, Seni, Dan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Arab.
PENERANGAN PRODUK DAN METODOLOGI
Produk digital interaktif bagi Minggu Bahasa Arab ini menghimpunkan 9 aktiviti utama (syarahan, memasak,
explorace, ejaan, khat, kuiz, tayangan video, tongue twister, webinar) dengan objektif, aliran kerja, hasil
pembelajaran, rubrik dan borang maklum balas. Disertakan infografik, carta alir & QR Code untuk capaian
mudah. Ciri Utama produk ini ialah merupakan panduan sistematik & interaktif, mesra digital (ikon,
infografik, QR), holistic (pendidikan budaya dan seni), boleh dikemas kini dan diperluas serta sesuai untuk
pelajar dan pensyarah.
Kajian Ini Menggunakan Model Pembelajaran Eksperiensial Kolb Yang Terdiri Daripada Empat Fasa
Utama:
1. Concrete Experience (Pengalaman Konkrit)
2. Reflective Observation (Pemerhatian Reflektif)
3. Abstract Conceptualization (Konseptualisasi Abstrak)
4. Active Experimentation (Eksperimen Aktif)
Pendekatan Ini Membolehkan Penilaian Dibuat Secara Menyeluruh Terhadap Keberkesanan Aktiviti Dari
Sudut Pengalaman Langsung Pelajar, Pemerhatian Terhadap Hasil, Penganalisisan Konsep, Serta Tindakan
Susulan Yang Dicadangkan.
Concrete Experience Pelaksanaan Aktiviti
Sepanjang Minggu Bahasa Arab 2025, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan penyertaan pelajar yang tinggi
dalam aktiviti-aktiviti ini menunjukkan wujudnya minat dan keterlibatan secara langsung dalam pembelajaran
tidak formal yang menyeronokkan.
Reflective Observation Pemerhatian Keputusan dan Korelasi
Analisis keputusan peperiksaan akhir menunjukkan 100% pelajar lulus, tanpa sebarang kegagalan. Korelasi
antara penglibatan aktiviti dengan purata gred adalah seperti berikut:
TAC401: Prestasi dominan A+ dan A. Pelajar yang aktif dalam webinar dan khat menunjukkan
pencapaian tertinggi.
TAC451: Terdapat variasi gred, namun pelajar yang menyertai tongue twister dan kuiz cenderung
memperoleh gred A.
ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 271
www.rsisinternational.org
TAC501: Majoriti memperoleh A dan A-. Aktiviti ejaan dan tongue twister memperkukuh aspek
kefasihan dan ketepatan berbahasa.
Abstract Conceptualization Rumusan Konsep Keberhasilan
Melalui pengamatan data dan pencapaian pelajar, beberapa konsep keberhasilan dapat disimpulkan:
Keterlibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum berasaskan bahasa menyumbang kepada
peningkatan prestasi akademik.
Aktiviti seperti webinar dan khat bukan sahaja meningkatkan pemahaman kandungan tetapi juga
motivasi pelajar.
Aktiviti tongue twister dan ejaan memberi impak yang lebih spesifik dalam meningkatkan kemahiran
kefasihan bertutur dan ketepatan ejaan.
Kuiz dan tontonan video memperkukuh pemahaman kosa kata dan menjadikan pembelajaran lebih
interaktif.
Active Experimentation Cadangan Penambahbaikan dan Tindakan Susulan
Berdasarkan hasil kajian dan model Kolb, berikut adalah cadangan untuk pelaksanaan masa depan:
Reka bentuk aktiviti yang lebih berstruktur dan pelbagai mengikut aras kemahiran pelajar.
Menggalakkan penglibatan pelajar dalam sekurang-kurangnya dua atau lebih aktiviti sepanjang
program untuk memaksimumkan keberhasilan.
Gunakan data keberhasilan aktiviti sebagai asas untuk membangunkan kurikulum sokongan yang
berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Integrasi budaya, teknologi dan pedagogi kreatif melalui aktiviti seperti pertandingan, ceramah dan
bengkel dapat memperkukuh pembelajaran bahasa Arab secara holistik.
Setiap Aktiviti Yang Sedang Atau Akan Dijalankan Perlu Diukur Dari Segi Objektif, Aliran Kerja Dan
Keberhasilan Aktiviti Tersebut Bagi Memastikan Ianya Dijalankan Secara Efektif. Berikut Adalah Carta Alir
Yang Berkaitan:
Jadual 1 Carta alir aktiviti bahasa Arab
Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 1,163 pelajar yang terdiri daripada 322 pelajar (TAC401), 334
pelajar (TAC451), dan 507 pelajar (TAC501). Analisis keputusan peperiksaan menunjukkan kesemua pelajar
berjaya mencapai tahap lulus sepenuhnya (100%). Walaupun terdapat variasi pencapaian mengikut gred dan
tiada pelajar yang gagal (0%).
Dari aspek penglibatan aktiviti Minggu Bahasa 2025, penyertaan tertinggi direkodkan dalam kuiz bahasa Arab
(78%), diikuti tontonan video (72%), webinar (65%), dan Arabic Tongue Twister (62%). Aktiviti ejaan (60%)
dan khat (55%) menunjukkan penyertaan sederhana. Data menunjukkan pelajar yang aktif menyertai lebih
ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 272
www.rsisinternational.org
daripada dua aktiviti cenderung memperoleh purata gred yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang
terlibat.
Jadual 1 Analisis Gred Akhir Dan Penglibatan Aktiviti Minggu Bahasa 2025
Semua bilangan penglibatan aktiviti adalah dari sampel kajian dan menggambarkan jumlah peserta yang
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti Minggu Bahasa 2025. Oleh itu, Interpretasi adalah seperti berikut:
Hubungan Gred dan Aktiviti
Kursus TAC401 menunjukkan pencapaian gred tinggi (A+ dan A) yang dominan. Penglibatan aktif dalam
webinar dan khat berkorelasi dengan prestasi yang lebih baik. TAC451 memperlihatkan variasi gred, namun
peserta yang terlibat dalam tongue twister dan kuiz cenderung memperoleh gred A. TAC501 majoritinya
mencapai gred A dan A-, penglibatan dalam ejaan dan tongue twister memberi kesan positif terhadap kefasihan
bertutur dan ketepatan ejaan.
Impak Aktiviti
Aktiviti webinar dan khat menunjukkan penglibatan paling tinggi, memberi impak langsung kepada
pencapaian akademik dan motivasi pelajar. Aktiviti tongue twister dan ejaan walaupun penyertaan lebih
rendah, memberi sumbangan spesifik dalam kefasihan dan ketepatan bahasa. Kuiz dan tontonan video
meningkatkan pemahaman kosa kata dan motivasi belajar.
Secara keseluruhan, jadual ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum
berasaskan bahasa mempunyai kesan positif terhadap prestasi akademik dan penguasaan bahasa Arab secara
menyeluruh.
Rajah 1 Graf visual purata gred setiap kursus dan bilangan pelajar yang menyertai aktiviti Minggu Bahasa
2025.
Bar biru: Purata gred bagi TAC401, TAC451, dan TAC501 (A+ = 4.3, A = 4.0, A- = 3.7, C = 2.0).
ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 273
www.rsisinternational.org
Garis hijau: Bilangan peserta yang menyertai aktiviti seperti kuiz, ejaan, khat, webinar, tongue twister,
dan tontonan video.
Graf ini adalah korelasi antara penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum dengan prestasi akademik.
Justeru itu, dapatan artikel ini mengukuhkan pandangan bahawa festival atau program berstruktur yang
menggabungkan pertandingan, ceramah, dan pameran bukan sahaja merangsang minat pelajar tetapi juga
membuka ruang untuk integrasi budaya, teknologi, dan pedagogi kreatif dalam pembelajaran bahasa Arab di
institusi pengajian tinggi.
Dapatan kajian membuktikan bahawa aktiviti yang dilaksanakan dengan objektif yang jelas, aliran kerja yang
tersusun, serta keberhasilan yang boleh diukur akan membawa impak positif terhadap prestasi pelajar dan
penguasaan bahasa Arab. Penerapan Kolb’s Experiential Learning Cycle sebagai kerangka metodologi
memperkukuh analisis, membolehkan kajian ini bukan sahaja menilai keberkesanan program sedia ada, tetapi
juga membina asas untuk reka bentuk program bahasa yang lebih efektif di masa hadapan.
POTENSI DAN PENGKOMERSILAN
Produk ini berpotensi digunakan di sekolah, universiti, pusat bahasa, dan agensi latihan. Ia boleh
dikomersialkan dalam bentuk PDF interaktif atau aplikasi mudah alih. Inovasi ini berbentuk digital interaktif,
holistik, sistematik, serta sesuai untuk pelajar dan pensyarah.
Inovasi E-Manual Aktiviti Bahasa Arab: Panduan Fungsi dan Aliran Kerja Minggu Bahasa membawa pelbagai
impak signifikan terhadap pelajar, pensyarah, institusi, serta komuniti akademik dan masyarakat. Dari sudut
pelajar, ia meningkatkan motivasi, penguasaan kosa kata, serta keyakinan dalam berbahasa Arab melalui
aktiviti autentik dan interaktif. Dari aspek pensyarah, E-Manual berperanan sebagai panduan rasmi yang
menyelaras penganjuran aktiviti, sekali gus mengurangkan beban pengurusan dan membolehkan pensyarah
memberi fokus kepada aspek pedagogi. Bagi institusi, produk ini memperlihatkan komitmen terhadap inovasi
dan kualiti pengajaran bahasa dengan menonjolkan pendekatan bersepadu antara pendidikan, budaya, seni, dan
teknologi.
Sumbangan inovasi ini juga terserlah dari tiga dimensi utama. Akademik, ia berfungsi sebagai rujukan ilmiah
dalam pengajaran bahasa Arab, di samping berpotensi disepadukan dengan kajian tindakan serta penyelidikan
lanjutan. Ekonomi, ia mempunyai nilai tambah melalui penerbitan komersial atau model langganan digital,
sekali gus memberi peluang menjana pendapatan institusi. Sosial dan budaya, inovasi ini memperkaya
pemahaman pelajar terhadap budaya Arab-Islam melalui aktiviti seni, komunikasi dan interaksi global, yang
menyumbang kepada pembentukan identiti akademik dan sahsiah yang seimbang.
Novelti
E-Manual ini berbeza kerana dibangunkan dalam format digital interaktif dengan infografik, ikon visual, carta
alir, dan PDF mesra pengguna. Ia mendokumentasikan sembilan aktiviti utama secara sistematik serta
menggabungkan elemen pendidikan, budaya, seni, komunikasi, dan teknologi.
E-Manual ini menggabungkan pendidikan, teknologi, dan budaya untuk memperkemas Minggu Bahasa. Ia
meningkatkan motivasi pelajar, memudahkan pensyarah, serta menyokong aspirasi pendidikan digital. Produk
ini boleh diperluas penggunaannya ke institusi lain.
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada UiTM Cawangan Negeri Sembilan, pensyarah, pelajar TAC401, TAC451 dan TAC501,
serta pasukan pembangunan atas sumbangan dalam merealisasikan E-Manual Aktiviti Bahasa Arab ini.
Semoga inovasi ini memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa secara digital dan
sistematik.
ILEIID 2025 | International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS)
ISSN: 2454-6186 | DOI: 10.47772/IJRISS
Special Issue | Volume IX Issue XXV October 2025
Page 274
www.rsisinternational.org
RUJUKAN
1. Awang, A. B., & Ismail, U. S. (2018). Faktor kepenggunaan kinayah dalam al-Quran al-Karim. e-
Academia Journal, 7(1), 171180.
2. Bloom, B. S. (1968). Learning for mastery. Evaluation Comment, 1(2), 112.
3. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). Self-determination theory. American Psychologist, 55(1), 6878.
4. Dörnyei, Z. (2001). Motivational strategies in the language classroom. Cambridge University Press.
5. Ellis, R. (2003). Task-based language learning and teaching. Oxford University Press.
6. Kolb, D. A. (1984). Experiential learning. Prentice Hall.
7. Salim, N. R., & Mansor, I. (2018). Training and teaching of Arabic translation course in IPG: Perspectives
of trainees and trainers. International Journal of Academic Research in Progressive Education and
Development, 7(4), 364375.
8. Zakaria, M. F., & Muhammad Nawawi, M. A. A. (2020). Factors of tendency on students’ interest towards
Arabic language: A study at Management and Science University. International Journal of Modern
Languages and Applied Linguistics, 4(4), 92100.
9. Zawacki-Richter, O. et al. (2019). AI in higher education. IJETHE, 16(39), 127.